Rabu, 24 Julai 2024

 



INSTITUSI PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

PALS1012

ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU

(TASK 2)

                      NAMA              : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD BOHARI

                      No I/C               : 050904-01-0873

                      Angka Giliran    : 2023112310226

                        Program            : PPISMP

                     Ambilan              : June 2023/2024

                     Unit                     : BAHASA MELAYU 

                     Pensyarah          : MADAM SITI NURASHIKEN BINTI MD SABUDIN

                      Tarikh Hantar       : 30 OCTOBER 2023





PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DAN KAEDAH UNTUK MENANGANI ISU SEMASA ALAM SEKITAR.

 

1.0  PENDAHULUAN

 

          Dalam dunia yang semakin maju dan canggih kini ramai manusia yang tidak mengambil berat tentang alam sekitar di sekeliling kita. Bagi memastikan alam sekitar dapat dipelihara dengan baik maka terciptalah produk teknologi hijau yang mana mempunyai banyak jenis dan kelebihannya untuk alam sekitar. Teknologi hijau ini mempunyai potensi besar untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar melalui inovasi dan pelaksanaan produk-produk teknologi hijau supaya kita dapat bergerak ke arah kelestarian yang lebih baik. Walaubagaimanapun, teknologi hijau yang berkesan kepada alam sekitar ini akan mewujudkan cabaran-cabaran kepada pihak kerajaan dan rakyat seperti cabarannya ialah kos, kebergantungan terhadap infrastruktur, dan perubahan budaya yang mana masih menjadi dinding penghalang untuk ditempuh agar penggunaan produk teknologi hijau ini dapat dijalankan. Walaupun begitu, usaha ini perlulah dilakukan agar masalah pencemaran alam sekitar dapat ditangani dengan lebih berkesan . Berdasarkan kajian (Ahmad, 2012) sektor pejabat kerajaan merupakan sektor yang menyumbang kepada pelepasan karbon paling tinggi iaitu sebanyak 180 ktCO2eq diikuti dengan sektor pengangkutan penumpang sebanyak 161 ktCO2e dan sektor sisa pepejal sebanyak 148ktCO2eq. Kementerian tenaga, meyakini bahawa produk teknologi hijau dapat mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan. Oleh itu, produk teknologi hijau ini perlulah diperkasakan dengan baik oleh pihak kerajaan agar dapat meningkatkan kecekapan pengeluaran melalui pengurangan kos input, kos tenaga, dan kos operasi dan penyelenggaraan yang boleh meningkatkan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan alam sekitar.

2.0 PRODUK TEKNOLOGI HIJAU

 

          Secara lebih jelas lagi produk teknologi hijau ini merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan, serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi untuk meminimumkan atau mengunrangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk ,peralatan, atau sistem yang dapat memenuhi beberapa kriteria (USM, 2019). Antara kriterianya adalah dapat meminimumkan degrasi persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau yang rendah atau sifar, produk itu mestilah selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan di muka bumi, produk itu juga mestilah dapat menjimatkan tenaga dan sumber asli serta menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Jadi, berdasarkan isu semasa tentang alam sekitar dapat dilihat bahawa salah satu contoh yang jelas adalah dalam bidang sektor tenaga di Malaysia. Seperti yang diketahui tenaga merupakan sumber utama untuk memastikan semua bidang dapat berjalan dan beroperasi dan dengan ini tenaga merupakan sektor yang penting bagi sesebuah negara dan menggunakan bahan yang banyak untuk sesekali penggunaannya.

2.1 PENGGUNAAN BAHAN BOLEH DIPERBAHARUI

 

          Penggunaan bahan bakar api fosil seperti minyak dan gas menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global kepada bumi. Sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan maka akan membahayakan penduduk di bumi dan merosakkan ekosistem bumi. Bukan itu sahaja yang menjadi kebimbangan malah bahan seperti bahan api fosil seperti minyak dan gas yang digunakan untuk menjana tenaga ini juga akan habis digunakan sekiranya penggunaannya secara tidak terkawal dan melebihi had. Perkara ini akan menjadi masalah kepada penduduk bumi kerana tida sumber tenaga yang dapat dijaakan apabila bahan ini habis kerana bahan ini ialah bahan tidak boleh diperbaharui. Oleh itu, muncul produk teknologi hijau yang mana sebagai penyelamat bagi menggantikan bahan api fosil yang akan habis suatu hari pada nanti. Antara pengembangan produk teknologi hijau ini ialah seperti panel solar dan turbin angin yang mampu menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui. Panel solar menggunakan tenaga matahari yang melimpah untuk dijadikan sebagai sumber tenaga elektrik. Tenaga matahari ini akan sentiasa dapat digunakan dan sehingga ke masa hadapan kerana penggunaannya tidak akan habis. Sementara itu, turbin angin pula berfungsi sebagai mengubah aliran angin menjadi tenaga elektrik. Walaupun pembinaan panel solar ini memakan masa dan kos yang tinggi namun dapat dilihat kebaikannya pada masa akan datang apabila tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan habis maka tenaga dari panel solar dan turbin angin ini akan sangat berguna untuk membekalkan tenaga kepada penduduk bumi. Kelebihan utama teknologi ini adalah mereka tidak menghasilkan emisi karbon semasa emisi mereka dijalankan yang mana dapat membantu mengurangkan jejak karbon global dan memberi penyelesaian jangka masa panjang kepada kebergantungan terhadap bahan api fosil. Namun begitu bagi menggalakkan pertumbuhan teknologi ini secara meluas perubahan dasar ekonomi diperlukan kerana memakan kos yang tinggi untuk pembangunan infrastruktur awal yang tinggi.

2.2 KENDERAAN ELEKTRIK

 

          Selain itu, dalam sektor pengangkutan pula sebelum ini kenderaan kebanyakkannya menggunakan minyak dan bahan api fosil yang merupakan bahan tidak boleh diperbaharui yang akan habis pada suatu hari nanti. Satu inisiatif daripada produk teknologi hijau ialah dengan pengenalan kepada kenderaan elektrik yang telah menjadi teras dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran udara daripada kenderaan yang bergerak dengan enjin pembakaran dalam. Kenderaan yang menggunakan minyak akan berlakunya pembakaran dalam yang akan mengakibatkan keluarnya asap karbon dioksida ke udara yang akan mencemarkan alam sekitar dan menipiskan lapisan ozon. Perkara ini adalah isu semasa yang sering dikaitkan dengan pembebasan asap karbon dioksida ke udara yang semakin meningkat yang boleh membahayakan kesihatan. Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh (Badra, 2023) dalam indeks bacaan IPU di Malaysia menunjukkan data peningkatan tahap pencemaran udara di Malaysia yang semakin meningkat. Oleh itu, usaha untuk membawa masuk kenderaan elektrik ini ke pasaran Malaysia giat dijalankan bagi memastikan pengurangan pelepasan karbon dioksida dapat dilakukan. Kenderaan ini ini ini beroperasi menggunakan bateri yang boleh dicas semula dan tidak menghasilkan emisi langsung semasa penggunaan. Pengguna hanya perlu mengecas kenderaan ini sama ada di stesen minyak ataupun boleh juga dirumah yang mana tidak menggunakan minyak untuk pembakaran. Kenderaan ini juga dipanggil sebagai kenderaan EV yang mana jualannya semakin meningkat atas beberapa faktor seperti penambahbaikan teknologi bateri kenderaan EV dan populariti yang meningkat serta dapat menyelamatkan alam sekitar (ZamZam, 2023). Ini menunjukkan langkah yang positif dalam mengurangkan kesan negatif terhadap kualiti udara di Malaysia dan global secara keseluruhannya. Namun begitu, perkembangan infrostruktur yang perlu diperbaiki yang mana pengecasa yang mencukupi dan efisien untuk kenderaan elektrik masih menjadi cabaran besar yang perlu ditangani. Hal ini dapat dilihat apabila tidak banyak stesen minyak yang mempunyai pengecas bagi kenderaan elektrik ini yang akan menyukarkan para pengguna. Tanpa ini, penggunaan kenderaan elektrik mungkin akan terbatas dan tidak dapat memenuhi potensi penuh mereka dalam membawa perubahan positif kepada alam sekitar.

2.3 BANGUNAN HIJAU

 

          Seterusnya, bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan dan mengaplikasikan teknologi binaan mesra alam dalam sesebuah banguna itu. Bagunan hijau ini selain menjimatkan kos melalui penggunaan tenganya seperti tenaga elektrik, air, serta pengudaraan yang mana ia juga turut memberi leselesaan dan persekitaran yang sihat kepada para penghuni didalamnya. Pembangunan lestari ini juga semakin giat diaplikasikan dikebanyakkan bangunan di Malaysia termasuklah bangunan kompleks beli belah, sekolah, pejabat serta rumah kediaman. Bangunan mampan ini adalah suatu struktur yang dibina, direkabentuk, diubahsuai, dan dikendalikan untuk pelbagai tujuan dengan menggunakan sumber berkesan yang dapat menjimatkan sepanjang kitaran hidup bangunan itu. Ciri-ciri bangunan hijau ini pula selalunya menggunakan teknologi dan elemen semulajadi yang mesra alam, penjimatan serta pembaharuan tenaga (Safian, 2020). Teknologi hijau seperti bahan binaan berprestasi tinggi, sistem pengurusan tenaga, dan penapis udara telah membawa kepada pembinaan bangunan yang lebih efisien tenaga dan lebih berkesan dari segi sumber. Contohnya adalah seperti penggunaan kaca berlapis untuk mengurangkan kesan panas dan penyejuka, serta penggunaan bahan-bahan yang dapat diperbharui. Walaupun manfaat pembangunan masa panjang bagi pembangunan hijau ini besar namun kos tambahan untuk pembangunan dan memelihara bangunan hijau sering kali menjadi halangan utama dlam mempengaruhi pemilik bangunan dan pembangun untuk melaksanakan teknologi ini. Hal ini kerana pembangun takut untuk mengeluarkan kos dan modal yang tinggi pada peringkat permulaan untuk memastikan produk ini berjaya dilaksanakan. Walaubagaimanapun pada masa kini dapat dilihat lebih banyak permintaan tentang bangunan hijau ini kerana gaya hidup manusia yang mahukan kehidupan yang lebih baik,selesa dan menjimatkan menyebabkan permintaan tinggi terhadap penggunaan teknologi hijau dapat ditingkatkan (Safian, 2020).

3.0 KAEDAH MENANGANI ISU SEMASA ALAM SEKITAR

 

          Walaupun teknologi hijau dapat memberi harapan besar dalam menangani isu-isu pencemaran alam sekitar pada masa kini, namun begitu pendekatan lain juga perlu diambil dan penting untuk dipertimbangkan agar alam sekitar dapat lebih terpelihara. Pertama sekali, pendidikan dan kesedaran awam memainkan peranan yang penting dalam mengubah tingkah laku masyarakat dan organisasi ke arah amalan yang lebih mesra alam. Bagi meningkatkan kesedaran awam dan masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama dengan jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen kesedaran alam sekitar yang mana melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, masyarakat, guru, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara program-program yang telah dijalankan ialah Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), Pameran Alam Sekitar dan Kempen ”Tabiat Takpa,Bumi Binasa” melaui media massa (Cabaran, 2011). Manakala melalui pendidikan pula guru-guru perlulah lebih menekankan tentang aspek alam sekitar di dalam kelas ataupun di luar kelas dan menunjukkan contoh yang baik untuk menjaga alam sekitar dan sayangi bumi. Pihak pentadbir juga boleh memainkan peranannya dengan mengadakan kempen atau minggu gotong royog disekitar sekolah yang melibatkan masyarakat setempat. Hal ini akan dapat membuka mata semua warga sekolah dan masyarakat tentang betapa pentingnya kebersihatan alam sekitar. Terutamanya kanak-kanak yang masih kecil ini mereka memerlukan dorongan dan sokongan daripada pihak sekolah agar mereka tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan alam sekitar dan bumi kita.

          Selain itu, peraturan dan dasar yang menyokong penggunaan teknologi hijau serta pengurangan penggunaan bahan bakar api fosil sangat penting. Dengan ini, kerajaan memang komited dalam melindungi dan pemuliharaan alam sekitar negara yang mana pelbagai dasar dan perudangan termasuk peraturan-peraturan serta program telah diperkenalkan. Antara dasar-dasar alam sekitar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia ialah dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, dan Dasar Perubaha Iklim negara. Manakala bagi undang-undang pula akta alam sekitar telah diwujudkan antaraya ialah Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan (Cabaran, 2011). Kemudian, penyediaan insentif dan potongan cukai untuk teknologi hijau boleh dilaksanakan bagi memastikan ramai rakyat dapat menggunakan teknologi hijau dan mengurangkan kos yang perlu ditanggung untuk pembelian. Peraturan yang ketat untuk mengurangkan emisi dan mencapai standard prestasi alam sekitar seperti menapis setiap kenderaan yang mengeluarkan gas karbon yang berlebihan perlu disaman dan dikenakan tindakan yang sewajarnya yang mana ini adalah merupakan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dan badan-badan perundangan untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau di semua sektor masyarakat.

         Akhir sekali, penyelidikan dan pembangunan yang terus menerus dalam bidang teknologi hijau adalah kunci untuk menghadapi isu semasa alam sekitar agar isu ini tidak menjadi semakin teruk dan memusnahkan alam sekitar yang telah dipelihara. Dengan adanya penyelidikan yang lebih mendalam ini akan dapat melihat kekurangan atau kelebihan teknologi hijau di negara kita dan dapat meningkatkan tahap keberkesanan dalam menggantikn sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tidak mustahil pada masa akan datang Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang menggunakan teknologi hijau terbesar kerana Malaysia telah menggunakan teknologi di beberapa tempat dan sekiranya usaha ini berterusan bersama dengan pengurusan yang baik sudah tentu akan menjadikan negara kita negara bebas jejak karbon. Negara perlu melakukan pelaburan dalam penyelidikan untuk meningkatkan teknologi panel solar, bateri penyimpanan tenaga, dan pembangunan bahan binaan hijau yang mana sangat penting untuk memastikan kemajuan berterusan dalam mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar. Pembangunan yang dijalankan akan memberikan manfaat masa panjang kepada negara dan ekonomi negara akan berkembang kerana tidak perlu membeli bahan api fosil sekiranya bekalan tenaga akan habis suatu hari nanti.

4.0 KESIMPULAN

 

         Kesimpulannya, teknologi hijau memainkan peranan yang penting dalam membantu kelestarian alam sekitar dan menawarkan harapan yang besar dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin mendesak pada masa kini. Dengan wujudnya produk teknologi hijau ini secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar da dapat membantu bumi ke arah pembangunan yang lebih mampan. Penggunaan teknologi seperti panel solar, kederaan elektrik dan bangunan hijau adalah langkah-langkah positif dalam mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan alam sekitar. Walau bagaimanapun untuk mencapai impak yang signifikan, kita perlulah mengatasi cabaran seperti kos yang tinggi, infrastruktur yng terhad dan perubahan budaya dalam masyarakat dan industri. Oleh itu, kaedah yang telah diulaskan tad haruslah dilakukan dan diambil berat oleh semua pihak sama ada pihak kerjaan, pihak swasta atau diri sendiri. Dengan adanya kerjasam antara kerajaan, industri dan masyarakat, serta pelaburan berterusan ke arah teknologi hijau ini terutamanya dalam inovasi dan pembangunan, kita dapat mencipta masa depan yang lebih bersih , lebih hijau, dan lebih mampan untuk generasi akan datang. Akhir kata, semua pihak haruslah mempunyai iltizam dan semangat yang tinggi untuk melestarikan alam sekitar dan menjaga bumi kita.

 

RUJUKAN

 

Ahmad, K. A. (2012). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau terhadap Amalan Pengamal Perhubungan. Retrieved from journal article: https://journalarticle.ukm.my/8601/1/9023-24127-1-PB.pdf

Badra. (2023). IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS. Retrieved from eCentral: https://ecentral.my/jerebu-ipu-indeks-pencemaran-udara/

Cabaran, B. (2011). Cabaran Menngani Isu Alam Sekitar Masa Kini. Retrieved from Institusi Perubahan Iklim: https://www.ukm.my/ipi/99/

Safian, S. N. (2020). Kajian Tahap Kepentingan Kriteria Bangunan. Retrieved from Penerbit UTHM: file:///C:/Users/ACER/Downloads/penerbit,+RMTB+Vol.+No.1-826-838.pdf

USM, D. (2019). Teknologi Hijau. Retrieved from Tekologi Hijau: http://eprints.usm.my/33352/1/Teknologi_Hijau.pdf

ZamZam, A. N. (2023). Pakcik Engineer . Retrieved from Kenderaan EV: https://pakcikengineer.com/semasa/kenderaan-elektrik-ev/

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

  INSTITUSI PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR PALS1012 ASAS ...