INSTITUSI PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
PALS1012
ASAS KELESTARIAN DAN TEKNOLOGI HIJAU
(TASK 2)
NAMA : MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD BOHARI
No I/C : 050904-01-0873
Angka Giliran : 2023112310226
Program : PPISMP
Ambilan : June 2023/2024
Unit : BAHASA MELAYU
Pensyarah : MADAM SITI NURASHIKEN BINTI MD SABUDIN
Tarikh Hantar : 30 OCTOBER 2023
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU DAN
KAEDAH UNTUK MENANGANI ISU SEMASA ALAM SEKITAR.
1.0 PENDAHULUAN
Dalam dunia yang semakin maju dan
canggih kini ramai manusia yang tidak mengambil berat tentang alam sekitar di
sekeliling kita. Bagi memastikan alam sekitar dapat dipelihara dengan baik maka
terciptalah produk teknologi hijau yang mana mempunyai banyak jenis dan
kelebihannya untuk alam sekitar. Teknologi hijau ini mempunyai potensi besar
untuk mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar melalui inovasi dan pelaksanaan
produk-produk teknologi hijau supaya kita dapat bergerak ke arah kelestarian
yang lebih baik. Walaubagaimanapun, teknologi hijau yang berkesan kepada alam
sekitar ini akan mewujudkan cabaran-cabaran kepada pihak kerajaan dan rakyat
seperti cabarannya ialah kos, kebergantungan terhadap infrastruktur, dan perubahan
budaya yang mana masih menjadi dinding penghalang untuk ditempuh agar
penggunaan produk teknologi hijau ini dapat dijalankan. Walaupun begitu, usaha
ini perlulah dilakukan agar masalah pencemaran alam sekitar dapat ditangani
dengan lebih berkesan . Berdasarkan kajian
2.0 PRODUK TEKNOLOGI
HIJAU
Secara lebih jelas lagi produk teknologi
hijau ini merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan, serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi untuk meminimumkan atau
mengunrangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk
produk ,peralatan, atau sistem yang dapat memenuhi beberapa kriteria
2.1 PENGGUNAAN BAHAN BOLEH DIPERBAHARUI
Penggunaan bahan bakar api fosil
seperti minyak dan gas menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global
kepada bumi. Sekiranya perkara ini dibiarkan berlarutan maka akan membahayakan
penduduk di bumi dan merosakkan ekosistem bumi. Bukan itu sahaja yang menjadi
kebimbangan malah bahan seperti bahan api fosil seperti minyak dan gas yang
digunakan untuk menjana tenaga ini juga akan habis digunakan sekiranya
penggunaannya secara tidak terkawal dan melebihi had. Perkara ini akan menjadi
masalah kepada penduduk bumi kerana tida sumber tenaga yang dapat dijaakan
apabila bahan ini habis kerana bahan ini ialah bahan tidak boleh diperbaharui. Oleh
itu, muncul produk teknologi hijau yang mana sebagai penyelamat bagi
menggantikan bahan api fosil yang akan habis suatu hari pada nanti. Antara pengembangan
produk teknologi hijau ini ialah seperti panel solar dan turbin angin yang
mampu menjanakan tenaga yang boleh diperbaharui. Panel solar menggunakan tenaga
matahari yang melimpah untuk dijadikan sebagai sumber tenaga elektrik. Tenaga
matahari ini akan sentiasa dapat digunakan dan sehingga ke masa hadapan kerana penggunaannya
tidak akan habis. Sementara itu, turbin angin pula berfungsi sebagai mengubah
aliran angin menjadi tenaga elektrik. Walaupun pembinaan panel solar ini
memakan masa dan kos yang tinggi namun dapat dilihat kebaikannya pada masa akan
datang apabila tenaga yang tidak boleh diperbaharui akan habis maka tenaga dari
panel solar dan turbin angin ini akan sangat berguna untuk membekalkan tenaga
kepada penduduk bumi. Kelebihan utama teknologi ini adalah mereka tidak
menghasilkan emisi karbon semasa emisi mereka dijalankan yang mana dapat
membantu mengurangkan jejak karbon global dan memberi penyelesaian jangka masa
panjang kepada kebergantungan terhadap bahan api fosil. Namun begitu bagi
menggalakkan pertumbuhan teknologi ini secara meluas perubahan dasar ekonomi
diperlukan kerana memakan kos yang tinggi untuk pembangunan infrastruktur awal
yang tinggi.
2.2 KENDERAAN ELEKTRIK
Selain itu, dalam sektor pengangkutan
pula sebelum ini kenderaan kebanyakkannya menggunakan minyak dan bahan api
fosil yang merupakan bahan tidak boleh diperbaharui yang akan habis pada suatu
hari nanti. Satu inisiatif daripada produk teknologi hijau ialah dengan
pengenalan kepada kenderaan elektrik yang telah menjadi teras dalam usaha untuk
mengurangkan pencemaran udara daripada kenderaan yang bergerak dengan enjin
pembakaran dalam. Kenderaan yang menggunakan minyak akan berlakunya pembakaran
dalam yang akan mengakibatkan keluarnya asap karbon dioksida ke udara yang akan
mencemarkan alam sekitar dan menipiskan lapisan ozon. Perkara ini adalah isu
semasa yang sering dikaitkan dengan pembebasan asap karbon dioksida ke udara
yang semakin meningkat yang boleh membahayakan kesihatan. Berdasarkan data yang
dikeluarkan oleh
2.3 BANGUNAN HIJAU
Seterusnya, bangunan hijau merupakan
bangunan yang bercirikan dan mengaplikasikan teknologi binaan mesra alam dalam
sesebuah banguna itu. Bagunan hijau ini selain menjimatkan kos melalui
penggunaan tenganya seperti tenaga elektrik, air, serta pengudaraan yang mana ia
juga turut memberi leselesaan dan persekitaran yang sihat kepada para penghuni
didalamnya. Pembangunan lestari ini juga semakin giat diaplikasikan
dikebanyakkan bangunan di Malaysia termasuklah bangunan kompleks beli belah,
sekolah, pejabat serta rumah kediaman. Bangunan mampan ini adalah suatu
struktur yang dibina, direkabentuk, diubahsuai, dan dikendalikan untuk pelbagai
tujuan dengan menggunakan sumber berkesan yang dapat menjimatkan sepanjang
kitaran hidup bangunan itu. Ciri-ciri bangunan hijau ini pula selalunya
menggunakan teknologi dan elemen semulajadi yang mesra alam, penjimatan serta
pembaharuan tenaga
3.0 KAEDAH MENANGANI ISU SEMASA ALAM
SEKITAR
Walaupun teknologi hijau dapat memberi harapan
besar dalam menangani isu-isu pencemaran alam sekitar pada masa kini, namun
begitu pendekatan lain juga perlu diambil dan penting untuk dipertimbangkan
agar alam sekitar dapat lebih terpelihara. Pertama sekali, pendidikan dan
kesedaran awam memainkan peranan yang penting dalam mengubah tingkah laku
masyarakat dan organisasi ke arah amalan yang lebih mesra alam. Bagi meningkatkan
kesedaran awam dan masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama
dengan jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen kesedaran alam sekitar
yang mana melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, masyarakat,
guru, badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara program-program yang telah
dijalankan ialah Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS), Pameran Alam Sekitar dan Kempen
”Tabiat Takpa,Bumi Binasa” melaui media massa
Selain itu, peraturan dan dasar yang
menyokong penggunaan teknologi hijau serta pengurangan penggunaan bahan bakar
api fosil sangat penting. Dengan ini, kerajaan memang komited dalam melindungi
dan pemuliharaan alam sekitar negara yang mana pelbagai dasar dan perudangan
termasuk peraturan-peraturan serta program telah diperkenalkan. Antara dasar-dasar
alam sekitar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia ialah dasar Alam
Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, dan Dasar Perubaha Iklim negara. Manakala
bagi undang-undang pula akta alam sekitar telah diwujudkan antaraya ialah Akta Kualiti
Alam Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar juga
dikuatkuasakan
Akhir sekali, penyelidikan dan
pembangunan yang terus menerus dalam bidang teknologi hijau adalah kunci untuk
menghadapi isu semasa alam sekitar agar isu ini tidak menjadi semakin teruk dan
memusnahkan alam sekitar yang telah dipelihara. Dengan adanya penyelidikan yang
lebih mendalam ini akan dapat melihat kekurangan atau kelebihan teknologi hijau
di negara kita dan dapat meningkatkan tahap keberkesanan dalam menggantikn
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Tidak mustahil pada masa akan
datang Malaysia mampu untuk menjadi sebuah negara yang menggunakan teknologi
hijau terbesar kerana Malaysia telah menggunakan teknologi di beberapa tempat
dan sekiranya usaha ini berterusan bersama dengan pengurusan yang baik sudah
tentu akan menjadikan negara kita negara bebas jejak karbon. Negara perlu
melakukan pelaburan dalam penyelidikan untuk meningkatkan teknologi panel solar,
bateri penyimpanan tenaga, dan pembangunan bahan binaan hijau yang mana sangat
penting untuk memastikan kemajuan berterusan dalam mengurangkan kesan negatif
terhadap alam sekitar. Pembangunan yang dijalankan akan memberikan manfaat masa
panjang kepada negara dan ekonomi negara akan berkembang kerana tidak perlu
membeli bahan api fosil sekiranya bekalan tenaga akan habis suatu hari nanti.
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, teknologi hijau
memainkan peranan yang penting dalam membantu kelestarian alam sekitar dan menawarkan
harapan yang besar dalam menangani isu-isu alam sekitar yang semakin mendesak
pada masa kini. Dengan wujudnya produk teknologi hijau ini secara tidak
langsung dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar da dapat membantu bumi ke
arah pembangunan yang lebih mampan. Penggunaan teknologi seperti panel solar, kederaan
elektrik dan bangunan hijau adalah langkah-langkah positif dalam mengurangkan
jejak karbon dan mempromosikan alam sekitar. Walau bagaimanapun untuk mencapai
impak yang signifikan, kita perlulah mengatasi cabaran seperti kos yang tinggi,
infrastruktur yng terhad dan perubahan budaya dalam masyarakat dan industri. Oleh
itu, kaedah yang telah diulaskan tad haruslah dilakukan dan diambil berat oleh
semua pihak sama ada pihak kerjaan, pihak swasta atau diri sendiri. Dengan adanya
kerjasam antara kerajaan, industri dan masyarakat, serta pelaburan berterusan
ke arah teknologi hijau ini terutamanya dalam inovasi dan pembangunan, kita
dapat mencipta masa depan yang lebih bersih , lebih hijau, dan lebih mampan
untuk generasi akan datang. Akhir kata, semua pihak haruslah mempunyai iltizam dan
semangat yang tinggi untuk melestarikan alam sekitar dan menjaga bumi kita.
RUJUKAN
Ahmad, K. A. (2012). Impak Pemerkasaan Teknologi Hijau
terhadap Amalan Pengamal Perhubungan. Retrieved from journal article:
https://journalarticle.ukm.my/8601/1/9023-24127-1-PB.pdf
Badra. (2023). IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia
Terkini APIMS. Retrieved from eCentral:
https://ecentral.my/jerebu-ipu-indeks-pencemaran-udara/
Cabaran, B. (2011). Cabaran Menngani Isu Alam Sekitar
Masa Kini. Retrieved from Institusi Perubahan Iklim: https://www.ukm.my/ipi/99/
Safian, S. N. (2020). Kajian Tahap Kepentingan Kriteria
Bangunan. Retrieved from Penerbit UTHM:
file:///C:/Users/ACER/Downloads/penerbit,+RMTB+Vol.+No.1-826-838.pdf
USM, D. (2019). Teknologi
Hijau. Retrieved from Tekologi Hijau:
http://eprints.usm.my/33352/1/Teknologi_Hijau.pdf
ZamZam, A. N. (2023).
Pakcik Engineer . Retrieved from Kenderaan EV:
https://pakcikengineer.com/semasa/kenderaan-elektrik-ev/
